Ceritakan kenapa anda sayangkan keluarga anda n apa aktivity terbaru yg anda lakukan bersama keluarga tersayang dengan gaya penulisan yang kreatif, dan menarik. Paling best kalau dapat sertakan tarikh2 dan tempatnya sekali
Kenapa saya sayang keluarga saya???
KASIH SAYANG DAN CINTA pada ahli keluarga saya adalah secara semulajadi. Tidak memerlukan alasan kenapa saya perlu sayang keluarga saya. Kasih suami bawa ke syurga. Kasih anak2 membawa kebahagiaan.
Tanpa suami mungkin saya tidak sekuat seperti harini. Kerana dialah tempat saya mengadu, kerana dialah tempat saya berkongsi kegembiraan, dan kerana dialah saya dapat pahala kalau saya berbakti kepadanya. Apa sahaja yang saya lakukan, mesti dia lah orang pertama yang tahu..
Darah semulajadi yang mengalir dalam anak2 saya pula, semestinya membuatkan saya sentiasa ingatkan mereka. Tanpa mereka tidak mungkin saya mendapat gelaran "IBU"...Kerana mereka adalah sebahagian daripada saya. Penah ungkapan2 seperti ini terkeluar dari mulut saya.
"ABANG, KALAU SAYANG YANG PERGI DULU, ABANG TENGOKLAH ANAK-ANAK KITA, KERANA SEPARUH DARIPADA SAYANG ADA PADA MEREKA"
Aktiviti terbaru kami
Semestinya salah satu acara aktiviti WAJIB cara kami mengeratkan silaturahim antara kami anak beranak ialah pergi HOLIDAY...boleh dikatakan every month memang kami spend time dan money just utk bawa anak2 pergi bermain pool kesukaan mereka. TAK CAYA??? Jom tengok gambar2 kat bawah..
Tarikh: 23 Jan 2011
Tempat : Makhota Hotel Melaka
Baru jer aktiviti kami ni...minggu lepas punya program..Walaupun tujuan asal adalah nak ikut si suami ada keje kat Melaka, tapi mana boleh si ayah tinggalkan family tersayang kan. Peluang yang ada tu of coz takkan kami sia2 kan. Anak- anak swimming di pool, shopping bersama2 dan semestinya acara makan besar bersama2 adalah acara wajib.
Tarikh: 1 Jan 2011
Tempat: Holiday Villa Subang Resort, Selangor
Sebagai reward utk anak pertama, aleesya yang makin pandai membaca dan menulis, maka terhasillah aktiviti kami bercuti di Holliday Villa ni. Semestinya percutian kami tak akan lengkap tanpa swimming di pool, makan2 serta shopping...
Tarikh: 16 Jan 2011
Tempat: Dataran Johor Bharu
Tapi andai kata kami tak pergi holiday pun, itu bukan bermakna kaMi satu keluarga tak boleh melakukan aktiviti. Contohnya dalam gambar di atas..Walaupun di dataran, asalkan kita pandai menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga, saya pasti ia tetap dapat mengeratkan lagi hubungan kami.
Sertakan Gambar keluarga anda bersama dan nyatakan kenapa anda rasa gambar itu yg paling menarik utk di kongsi . Of coz letak gambar yg 'cun sekali hokey' . Janji ada kaitan dengan tajuk dan yg pasti jugak...confident yg anda akan menang kalau gambar meletuppp di kongsi hihihihi
This is my family...Tanpa mereka siapalah saya hari ini.
Gambar kat atas tu saya rasa paling unik sebab posing kami santai dan selamba. Bukannya senang kami nak ambil gambar cukup lengkap 1 family ..selalu gambar2 ibu dan anak2 nya sahaja. BTW credit to kedaigambarkami sebab gambar kat atas tu adalah gambar kami menang photoshoot.
Cuba tengok betul2 gambar kat atas...aleesya (anak sulung saya) dan saya mempunyai posing yang hampir serupa. Like mother like daughter...sebab kami berdua memang pantang tengok kamera. Ayyunie ( si adiknya pula), agak malu2 nak bergambar, same like her father...hehe..so fair and square. ..sorang ikut ibu, sorang ikut bapa. And of coz gambar kat atas tu unik sebab setiap sorang daripada kami mempunyai mimik muka yang berbeza.
KATA-KATA AKHIR DARI SAYA..
i LOVE MY FAMILY BECAUSE THEY CAN MAKE ME SMILE..
I LOVE MY FAMILY BECAUSE THEY CAN MAKE ME LAUGH AT ANY MOMENT
I love my family because we will be together for ever and I wouldn't have it any other way! I could not have hand picked a better family to share everyday/hour/min of my life with.
I love my little family !!!!!
This entry was posted
on 3:32 PM
and is filed under
contest,
ibu
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
4 comments