"contest cintai alam sekitar"  

Posted by Unknown


http://jomklikblog.blogspot.com/2011/01/rm-300-untuk-follower-bermula.html

Langkah-langkah untuk menangani masalah alam sekitar:



1. Kurangkan pengunaan kenderaan atau dengan erti kata lain, kongsi jer kereta kawan2 tu. Kalau kawan2 tak der kereta, naik sahaja pengangkutan awam. Ini disebabkan oleh lapisan atmosfera yang dicemari oleh karbon monoksida dari pembakaran enjin petrol kenderaan.







2. Kempen kesedaran perlu diperluaskan oleh pihak2 tertentu terutamanya Jabatan Alam Sekitar. Maksudnya disini, kempen2 kesedaran boleh dibuat melalui iklan2 bercetak sepeti TV, atau poster2 yang ditampal di sesetengah tempat.





3. Menyediakan tempat2 khas pembuangan botol2, plastik, tin aluminium, bateri, tayar buruk atau suratkhabar lama .Ini penting untuk menjimatkan sumber tenaga dan alam untuk masa akan datang.



4. Gunakan kaedah2 alternatif untuk mengawal serangga atau perosak tanaman kerana Racun makhluk perosak boleh menyebabkan barah. Kalau dalam bidang pertanian, sebaik2nya guna kaeah biologi untuk menghapuskan perosak tanaman.





5. Tanam semula pokok2 yang telah ditebang. Ini kerana pengurangan kawasan tadahan dan juga hutan simpan boleh menyebabkan tanah runtuh dan kekurangan bekalan air bersih. Penanaman semula pokok penting agar keseimbangan ekologi perumahan terkawal.





6. Pengawalan ketat permit2 untuk pembinaan kilang di kawasan2 rumah atau bandar. Ini kerana ia bukan sahaja menyumbang kepada pencemaran alam sekitar, malahan gas-gas beracun serta bahan kimia yang dibebaskan mampu menyebabkan hujan asid.





7. Organisasi-organisasi seperti pihak sekolah, balai rakyat dan juga kelab remaja boleh menyumbang ke arah   kebersihan alam sekitar. Guru2 boleh menyerapkan pendidikan alam sekitar dalam subjek Moral. Selain itu pertandingan2 kelas terbersih juga boleh dilakukan untuk menggalak anak2 kecil ni menjaga kebersihan.





8. Yang ni paling penting sebenarnya. Iaitu INDIVIDU itu sendiri. Kita semestinya mengamalkan konsep menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula ( reuse), menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula ( recycle) dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan (reduce). Dengan sikap ini secara tak langsung dapat mengurangkan pencemaran. 


Credit to google utk semua gambar2 kat atas!!!




Gambar saya dengan pemandangan alam sekitar!!!








This entry was posted on 5:42 PM and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

2 comments

Terima kasih sebab join contest ni