due 6 feb
Wanna to join???
Click-click HERE!
Gambar yang memberikan erti yang cukup bermakna buat hidup saya...
Dan meninggalkan kenangan yang pasti sukar untuk dilupakan...
Apabila saya dinobatkan sebagai
Ratu Beauty Contest Shadira
Apa lagi yang boleh saya ungkapkan..selain daripada terkejut, terharu, gembira dan rasa bagai tak percaya tatkala nama saya diumumkan sebagai JUARA dalam Beauty Contest tersebut....Selepas sahaja saya diumukan sebagai JUARA, secara automatik air mata jatuh berguguran, kerana barasa sangat2 terharu dengan penghargaan yang diberi oleh para juri serta org ramai.
Yang paling penting, usaha bersama saya dan juga suami memang berbaloi. Suami yang banyak memberi sokongan dan dorongan semasa saya terlibat dalam Beauty Contest ini. Tanpa sokongan suami, saya tak mungkin dapat mengalahkan 19 peserta yang lain. Dan yang paling terkesan di jiwa ialah pabila suami juga bernazar akan menyembelih seekor kambing andai kata saya menjadi JUARA. Nazar mesti ditunaikan kan.
Kecantikan adalah sangat-sangat subjektif. Tapi alhamdulillah, kecantikan dalam dan luar diri saya, telah mendapat pengiktirafan dari juri2 bertauliah serta org2 luar. Jika selama ini saya sering merendah diri akan kecantikan yang saya miliki, kini...saya lebih berkeyakinan dan bersemangat dengan kejayaan saya tersebut.
Hanya satu jer dimohon oleh saya, moga2 saya tidak riak dan tidak angkuh dengan gelaran JUARA ini....dan sememangnya saya masih biasa..saya bukannya somebody utk di bangga2kan...Mudah-mudahan kecantikan dari segi fizikal dan rohani dapat diseimbangkan...aminnn
Dan semestinya gelaran JUARA itu pasti terpahat di sanubari sampai anak cucu nanti.
This entry was posted
on 12:45 AM
and is filed under
contest,
ibu
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
3 comments