Baby & Me Style Shopping Contest  

Posted by Ayu Zarina

Baby & Me


 due 3 feb


Tugasan 1:
Sertakan sekeping gambar anda dan anak/anak saudara berusia 3 tahun ke bawah dalam pakaian shopping terbaik anda berdua.
Ini pilihan saya yang terbaik!!! Walaupun jenuh mencari gambar yang sesuai.
Nama: Ayu aka Ibu damia
Nama anak: 
Hubungan : Anak dan ibu

Gambar kami anak beranak shopping kat JOM HEBOH, DANGA BAY..
Style kami anak beranak shopping??
1. Si ibu semestinya dalam pakaian casual. Contohnya jeans dan juga blouse yang serap peluh. Ye lah...macam contoh kat atas..shopping tak semestinya dalam Shopping complex kan...so faktor cuaca juga perlu diambil kira kalau nak shopping kat luar shopping complex. Yang utama pastikan serap peluh. Kalau tak nanti berbau pulak badan.
2. Semestinya si anak juga memakai outfit yang selesa. Macam kat atas, dress sleeveless menjadi pilihan. Sebabnya utk elakkan si anak terlampau panas.  Kalau boleh jangan pakaikan si anak legging kalau nak shoping waktu panas. Kesian dia. Lagi satu. kalau boleh ikat rambut si anak kalau rambut panjang. Kalau rambu pendek pula, sila pinkan. Ini supaya anak2 kita tak rimas disamping peluh tak terperangkap dalam rambut..
3. Lagi satu, kami semestinya sedondon...Nasib baik dapat gugurl...leh gak buat teman ibu pakai baju warna sama..
4. Oh yer...saya suka pakai slingbag kalau shopping ngan anak2...tak suka bawa handbag sebab rasa sangat menyusahkan. Dan semestinya saya juga akan elakkan memakai kasut tumit tinggi lorrrr...tak kuasa nak control ayu tau..
Itulah style saya bershopping...yang penting ringkas dan selesa 

Tugasan 2:
Berikan TIPS - Bagaimana anda dapat bershopping dan melayan kerenah anak dalam masa yang sama.

Bukan mudah sebenarnya kalau nak shopping dengan anak...sebab mana nak pilih barang lagi, mana nak layan kerenah anak lagi kan... tapi antara kaedah2 yang saya guna adalah:

1. Selalu keluar membeli belah pada waktu bukan kemuncak. Contohnya elakkan pergi waktu weekends. Sebab masa tu ramai orang kan. Dan kalau weekdays pulak, pergi shopping time office hour. Confirm anak2 senang diuruskan.
2. Kalau boleh cuba beli barang2 yang disenaraikan. Sebab ia lebih menjimatkan masa. Kanak2 cepat boring terutama kalau mengambil masa yang agak lama. Jadi kalau dah ada senarai barang yang nak dibeli, rasanya lagi cepat lah kita ambil barang tu.
3. Elakkan gi shopping time waktu tidur anak atau waktu makan anak. Kerana confirm kanak2 akan merengek. Dan ini sekaligus akan membantutkan niat kita nak shopping. Dan akhirnya kita pula marah2 kat anak kita.
4. Sediakan snek ringan macam biskut untuk anak kita kunyah2. Ini penting supaya anak2 kita tidak rasa boring atau pun ia dapat mengalaskan perut si anak yang berkeroncong tatkala menemani si ibu shopping.
5. Letakkan anak2 dalam stroller atau troley yang disediakan. Ini penting supaya kita cukup tangan untuk shopping. Kalau tidak mana nak dukung si kecil, mana nak tolak trolley lagi kan.

Baby & Me Shopping Style Contest
dianjurkan oleh 
Dengan hadiah-hadiah menarik daripada
Photobucket
Photobucket




Jom jana duit macam nuffnang dengan HeartBeat!! You click I click too!!

This entry was posted on 11:53 PM and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments